Tarekat Syatariyah[1] ialah salah satu tarekat tasawuf dalam Islam yang berasal dari Asia Selatan. Ia berasal dari Parsi pada kurun ke-15 masihi dan disempurnakan dan digagaskan di India. Semasa di peringkat awal di Iran dan Asia Tengah, tarekat ini dinamakan sebagai Isyqiyah[2]. Tarekat ini turut berkembang di Hijaz dan Nusantara (Indonesia dan Terengganu, Malaysia). Perkataan Syatar (Arab: شتر ) diambil dari nama pengasasnya, Syeikh Abdullah Shattar (meninggal dunia: 1406)[3][4][5][6]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search